Baru-baru ini, tersebar beberapa keping gambar di laman Facebook yang dimuat naik oleh Jay Sheelan.
Jay Sheelan, menceritakan bagaimana seorang anggota polis trafik yang baik hati telah menolong isterinya menukar tayar keretanya yang pancit di tengah-tengah ibu kota yang pada waktu itu tengah sesak.
Mungkin kita sudah terbiasa mendengar polis trafik membantu pengguna jalan raya yang keretanya rosak. Tetapi, kisah yang berlaku pada Jay ini, amat menyentuh hati walaupun sekadar pertolongan yang kecil.
“Isteri saya telefon ketika saya sedang memandu di Jalan Kuching dan mengadu mengenai tayar kereta pancit.
“Belum sempat saya tiba di lokasi, seorang anggota polis trafik telah menghulurkan bantuan dengan menukar tayar kereta yang dipandu oleh isteri saya.
“Setelah selesai, saya menawarkan wang upah kepada anggota polis trafik tersebut, namun dia menolaknya,” kata Jay.
“Hari ini saya tolong awak, sekarang giliran awak pula tolong orang lain,” ujar anggota polis trafik itu pada Jay.
“Saya terharu dengan apa yang dikata oleh beliau. Kepada anggota terbabit, saya tabik dan saya harap lebih ramai yang bersikap seperti beliau. Terima kasih encik Shamizon,” kata Jay dalam statusnya yang sangat menghargai pertolongan ikhlas anggota trafik itu.
Sikap yang ditunjukkan oleh anggota trafik ini patut dicontohi orang ramai. Sekali gus melahirkan masyarakat yang suka tolong menolong.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment