ONEXOX
BannerFans.com

Paksa & Pukul Bayi Makan Ubat, Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah

on Saturday, December 13, 2014



Shah Alam: Selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menganiaya yang mungkin mendatangkan kecederaan fizikal terhadap seorang bayi, pada 7 November lalu, seorang wanita kemudian menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam.

Hanifah Ngah, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad atas kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.




Farah menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh yang diwakili peguam Zamani Mukhtar dibenarkan diikat jamin RM3,500.

Tertuduh yang sebelum ini tidak diwakili peguam mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pengasuh didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi berusia setahun lima bulan di Taska Nur Dina, Kota Kemuning, jam 8.13 pagi, pada 21 Oktober lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved