ONEXOX
BannerFans.com

Siapa Dia (KJ) Suruh Saya Jangan Balik Malaysia? - Ali

on Thursday, December 11, 2014




KUALA LUMPUR: Aktivis politik, Ali Abdul Jalil terus mencetuskan kontroversi apabila dia dengan berani membandingkan kelayakan status sebagai anak Malaysia antara dirinya, Alvin Tan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Merujuk status terbaru di laman sosial Facebook miliknya, Ali mengesa pengamal media dan rakyat di negara ini melontarkan pertanyaan kepada Khairy, siapa lebih layak digelar anak Malaysia memandangkan dia lebih lama menetap dan membesar di negara ini.

“Kepada wartawan atau rakyat Malaysia, cuba tanya komen Khairy Jamaluddin, antara kami dan beliau, siapa lebih Anak Malaysia? Apa komen Khairy Jamaluddin?

“Khairy Jamaluddin dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun. Dia balik Malaysia pegang jawatan besar, kaya raya dan sekarang dia berada di Malaysia baru berbelas tahun sahaja. Khairy Jamaluddin tidak sampai dua tahun jadi menteri. Dia siapa nak suruh saya jangan balik Malaysia?




“Padahal saya dan Alvin Tan lahir di Malaysia, kami membesar di Malaysia. Kami pernah dipenjarakan, diugut, dimaki fitnah dan macam macam lagi. Kami dilayan lebih teruk daripada pendatang haram. Kami baru beberapa bulan keluar negara, tapi pasport kami dibatalkan sedangkan kami tak pernah ada rekod jenayah,” katanya.

Semalam, Ali yang dipercayai melarikan diri ke Sweden mendakwa dia menerima suaka politik di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin selepas pasport miliknya ditarik balik.

Susulan daripada itu, Khairy menyarankan Ali tidak balik ke Malaysia.

“Jangan sesekali pulang semula,” kata Khairy menerusi Twitter miliknya.

Ali sebelum ini pernah ditahan atas tiga tuduhan menghasut ekoran menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebook miliknya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

eimza said...

mmg xakan pernah tamat kisah aktivis dan menteri nie....


December 11, 2014 at 11:31 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved