Seorang ibu terkejut kerana menemui sesuatu yang menjengkelkan di dalam Cicken McNugget yang dibeli untuk anaknya yang berumur empat tahun. Benda yang menjengkelkan itu diberi nama samaran 'McWorm' kerana ia kelihatan seperti seekor cacing di dalam McNugget!
Nikki Sanders, 30, berkata dia telah telah memakan sedikit dari nugget tersebut dan mendapati terdapat satu bendasing seolah-olah daging bergerak-gerak di dalam nugget tersebut. Menurutnya lagi, dia memakan nugget tersebut di Tamworth's Ventura Park, UK.
"Saya sangat cerewet tentang soal makanan dan apabila saya melihat apa yang ada dalam McNugget saya terus kaku," kata Nikki, dari Atherstone, memetik laporan dari Birmingham Mail.
Suami kepada Nikki, Neil menyifatkan objek itu sebagai 'McWorm' dan berkata "Apa yang dirisaukan adalah Nikki telah pun menelannya".
"Ia kelihatan seperti cacing, tapi saya tak boleh sahkan sehingga ujian mengesahkan ia betul".
"Apa pun benda itu, ia tidak patut ada disitu."
Neil turut mendakwa salah seorang staf memberitahu dia "Kami akan cuba bagi ganti rugi". Tetapi Neil membalas "Saya tak mahu voucher, Saya mahu penjelasan".
Seorang jurucakap dari McDonald berkata "Kami merasa bersalah atas pengalaman buruk yang terpaksa dilalui oleh Mr Sanders ketika di restoran kami. Kami telah melancarkan penyiasatan dan objek terbabit akan dihantar kepada pakar untuk proses pengenalpastian".
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment