Semakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ke atas Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bahawa anggaran perbelanjaan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM612,684,400.
Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir berkata, jumlah tersebut menimbulkan persoalan terhadap perbezaan anggaran perbelanjaan iaitu sebanyak RM212, 684,400 berbanding dengan jumlah penjimatan sebanyak RM400 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri akibat penangguhan PLKN tahun 2015.
Menurutnya, sebagai perbandingan, anggaran perbelanjaan PLKN bagi tahun 2015 adalah tidak jauh beza dengan anggaran perbelanjaan tahun 2014 iaitu RM667,808,800.
Beliau berkata, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Pertahanan yang dipertanggungjawab melaksanakan program PLKN didesak untuk menjelaskan mengapa kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan RM212 juta untuk tahun 2015 walaupun program PLKN telah ditangguhkan.
“Adakah syarikat-syarikat yang telah menerima kontrak untuk perkhidmatan PLKN bagi tahun 2015 masih menerima bayaran penuh atau sebarang pampasan akibat penangguhan PLKN?
“Sekiranya ia benar, syarikat manakah yang masih menerima bayaran atau telah mendapat pampasan daripada kerajaan?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Akmal, sekiranya kerajaan Barisan Nasional benar-benar jujur ingin mengurangkan perbelanjaan melalui penangguhan PLKN, sepatutnya boleh membuat penjimatan sebanyak RM612 juta.
Jelasnya, namun apa yang berlaku ialah kerajaan hanya membuat penjimatan sebanyak 65 peratus daripada anggaran perbelanjaan asal iaitu hanya RM400 juta.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment