BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Ka#wasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.
Difahamkan Allahyarham bersam#a keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.
Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.
Pada masa sama, penyanyi terk#enal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment