ONEXOX
BannerFans.com

AWAS! PENIPUAN EMEL TERBARU YANG MENYALAH GUNAKAN JENAMA AIRASIA AMAT MENYAKITI HATI

on Thursday, March 26, 2015



SEPANG, 26 Mac 2015 – AirAsia ingin memberi peringatan kepada masyarakat awam dengan satu lagi emel penipuan yang tersebar secara atas talian yang menjanjikan hadiah w#ang tunai lumayan menerusi program ‘2015 Mac Program Promosi AirAsia’ dari ‘AirAsia Singapura’.

Emel tersebut menyatakan penerima tersebut telah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah untuk menerima wang tunai berjumlah RM130,000 dari Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan penerima perlu menghubungi  ‘AirAsia Singapura’ secepat mungkin dengan butir peribadi mereka.

Kami ingin mengesahkan y#ang ini adalah satu penipuan yang menggunakan jenama AirAsia tanpa kebenaran bagi mengumpan masyarakat awam untuk menyertai skim ini. Kami ingin menasihati masyarakat awam untuk tidak mengambil peduli jemputan seperti ini dan AirAsia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang dakwaan berkenaan skim palsu ini.

Sebagai syarikat penerbangan yang diketahui umum di Malaysia dan di rantau ini, jenama AirAsia sering di salah guna oleh pihak tidak bertanggunjawab dengan tujuan menipu masyarakat awam. Sebagai syarikat penerbangan yang bertanggungjawab, kami telah secara terus-menerus mengemas kini masyarakat mengenai penipuan terkini yang menyalah gunakan jenama kami untuk pendapatan haram dan sekali lagi kami ingin menasihati tetamu kami untuk manjauhkan diri dari sebarang tawaran atau cadangan dari pihak ketiga yang mendakwa mereka mewakili AirAsia.

Kami tidak pernah mengguna#kan perkhidmatan pihak ketiga dalam menganjurkan aktiviti kami dan pengumumman rasmi akan dibuat menerusi saluran rasmi dan sumber yang boleh dipercayai seperti media massa  dan saluran media social pada setiap masa.

Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim haram yang menggunakan jenama AirAsia, dan laporan polis telah dibuat mengenai skim ini.

Jika terdapat sebarang kemusy#kilan atau ingin melaporkan program yang disyaki satu penipuan menggunakan jenama AirAsia, masyarakat Awam boleh berhubung dengan AirAsia menerusi saluran komunikasi berikut:

Facebook : facebook.com/airasia  

Twitter : twitter.com/airasia

AskAirAsia : airasia.com/ask

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved