ONEXOX
BannerFans.com

Masuk suku: Antara waris dan harta

on Tuesday, March 24, 2015



KUALA PILAH – Bercerita tentang adat perpatih, pastinya tidak akan lari dari perbilangan k#ata adat dan perkataan yang memungkinkan kita berfikir lebih daripada sekali.

Kata-kata adat punya maksud tersendiri, begitu juga perkataan ‘kodin’.

Kodin bermaksud saud#ara dan jika ditambah imbuhan ‘ber’ kodin ia memberi pengertian bersaudara atau lebih sinonim dengan perkataan ‘masuk suku’.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku utama iaitu Biduanda, Batu Hampar, Seri Melenggang, Tanah Datar, Seri Lemak, Mungkal, Tiga Nenek, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh, Batu Belang dan Tiga Batu.

Setiap anggota masyar#akat adat perpatih ialah ahli keluarga atau anggota kepada salah satu daripada suku-suku tersebut.

Sebelum itu, masyarakat di Negeri Sembilan yang sinonim mengamalkan adat perpatih mengakui harta pusaka termasuk tanah hanya boleh diturunkan kepada anak perempuan dan tidak boleh diturunkan kepada anak lelaki.

Justeru, jika seseoran#g itu tidak mempunyai anak perempuan tetapi dia berhajat untuk menurunkan harta pusakanya seperti faktor usia, maka adat ‘berkodin’ perlu dilakukan.

Oleh itu, upacara adat ‘berkodin’ dilaksanakan di Kampung Air Hitam, Terachi di rumah Niat Taib, 85, yang berhasrat untuk memberikan tanah miliknya kepada cucu perempuan.

Menurut To’ Gontam Besar W#aris Tanah Datar, Mustafa Muhammad, 49, dari Perut Ibol Luak Ulu Muar, berkata, Niat mempunyai anak seramai lapan orang iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan.

Bagaimanapun, Niat bersetuju untuk ‘mengkodinkan’ Syarmim Amiera Mohd Yunus, 17, iaitu cucunya daripada anak lelaki keenam yang bernama Yunus Abdul Rahman, bagi tujuan memberi satu pertiga harta termasuk tanah kepunyaannya dan selebihnya dikembalikan kepada waris.

Katanya, cucu perempuan ini tidak memp#unyai suku kerana ibunya berasal dari Melaka.

“Oleh itu, cucu ini dikodinkan dan dimasukkan ke dalam Suku Tanah Datar 48, iaitu sama suku dengan nenek Niat.

“Difahamkan suku Tanah Datar berasal da#ri Pagaruyung, Sumatera dan merupakan antara suku yang terawal datang ke Tanah Melayu khususnya Negeri Sembilan,” katanya.

Tambahnya, sebelum upacara berkodin dilakukan, ia perlu mendapat persetujuan semua pihak bagi melicinkan perjalanan majlis.

Katanya, berkodin terbahagi kepada dua je#nis iaitu berkodin pinang sebatang dan berkodin aur serumpun.

“Berkodin Pinang Sebatang tidak melibatkan pemberian harta pusaka. Adat ini boleh dibuat dan diselesaikan oleh buapak, besar waris dan ibu soko sahaja dan tidak melibatkan Datuk Lembaga dan cukup sekadar menyembelih seekor kambing sahaja.

“Sebagai contoh seorang pedagang. Berasa kes#unyian dan perlukan saudara atau emak angkat di sini. Maka berkodin pinang sebatang dilaksanakan. Adat juga menunjukkan.

Kok jauh mencari suku
Dekat mencari sekodin
Haus mencari air
Litak (lapar) mencari nasi
   
“Bagi, berkodin aur serumpun akan melib#atkan pemberian harta pusaka dan perlu melibatkan datuk Lembaga, buapak, besar waris dan ibu soko.
“Waris perlu sepakat menerima pengkodinan. Seia dan sekata waris. Bak kata perbilangan adat.

Kok bulat boleh digolekkan
Kok pipih boleh dilayangkan
Licin berlantai kulit
Kesat berlantai papan

“Tuntutan adat berkodin ini perlu meny#ediakan seekor kerbau atau lembu, beras 50 gantang, kelapa 100 biji,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, sebuah naskhah al-Quran, pisau sebilah, peralatan tepung tawar dan limau nipis tiga biji, tudung hidang, peminangan tertutup, dulang berkaki, tikar rompok, tilam pandak, tabir lingkung dan langit-langit perlu disediakan.

“Selain itu, perlu disediakan juga sebu#ah bekas tempat ‘cicah darah’, daun sepulih, daun ati-ati, silang gunting, surat akuan berkodin, khemah memasak dan penanggah, agihan daging mentah kepada datuk lembaga, buapak, besar waris dan nasi gulai serta daging mentah sebagai upah sembelih,” katanya.

Majlis adat berkodin itu dikelolakan oleh Datuk Lembaga Paduka Besar Suku Tanah Datar, Mohd Darus Shamsuddin dan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan adat istiadat ini.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved