ONEXOX
BannerFans.com

Seram : Kisah Benar di Perhentian RnR Seremban Arah Selatan

on Thursday, March 26, 2015



Info disahkan sahih. Please take note semua pengguna jalanraya. Awas, kejadian berlaku di hent#ian RnR Lebuhraya Plus.

Berhati-hatilah jika ada orang tua yang hendak tumpang kereta anda dekat hentian RnR Lebuhraya Plus. Kejadian ini berlaku di lebuhraya PLUS sewaktu kawan saya sedang berhenti dalam perjalanan dari Perak menaiki kereta untuk pulang ke Paroi mel#alui lebuhraya PLUS, kerana berasa mengantuk beliau berhenti rehat sebentar di salah sebuah hentian RnR. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang lelaki tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya.

“Anak nak ke mana?”.

Kawan saya menjwb ringkas, “Paroi pakcik”.

Org tua itu bertanya lagi.

“Boleh pakcik tumpang sampai ke Rasah?”

Tanpa soal-selidik, kawan saya menjawab “Ehm… bolehlah”.

Lantas orang tua itu m#asuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian belakang. Dalam hati kawan saya berkata,

“Hai, siapalah orang tua ni.. orang ke atau…” Seram juga bila tengok pakcik tu membisu je.

Beliau pun meneruskan perj#alanannya. Sebaik lebih kurang 2km menghampiri Rasah, orang tua tadi bertanya.

“Anak nak kaya tak?” Kawan saya tersentak dan berkata-kata dalam hati.

“Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”

Lalu kawan saya pun menjawab,

“Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Org tua tu tak bertanya lagi. D#alam hati kawan saya berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua itu bertanya sekali lagi, “Anak nak kaya tak?”

Kawan saya menjawab jawapan yang sama seperti tadi.

“Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.

Sampai di Rasah, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata.

“Tu, pakcik ada tinggalkan sa#tu tin KAYA cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua itu turun dari kereta.

Begitulah ceritanya.




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved