ONEXOX
BannerFans.com

'ABDUL RANI UGUT TUMBUK SESIAPA HINA & KRITIK NAJIB' - INFO PALSU

on Thursday, April 16, 2015



Nama Abdul Rani Kulup Abdullah, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) trending di laman Facebook ekoran dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pihak yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut kenyataan tersebut, Abdul Rani Kulup mengugut mahu menutup mereka yang berani menghina dan mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan kenyataan beliau dimuat naik di laman Facebook pada 9 April yang lalu seperti di bawah,

Salam jemaah2 Ayah///
Petang tadi Mydin telah mengaturkan petemuan ayah dgn Tun M dibalai raya..Ayah menasihatkan Tun jangan sesekali campur tangan dalam urusan Amirul Mukminin Dato Sri Najib Ibnu Razak..Barang siapa yang cuba mengkritik atau menghina Wali Melayu Dato Sri Najib jangan tanya kenapa penumbok ayah sampai dari belakang..Ayah dan juga ahli berbai'ah akan tetap setia menjunjung kasih kebawah pimpinan Wali Melayu Dato Sri Najib..Hidup Melayu

Kenyataan ugutan itu bagaimanapun dilabelkan sebagai cabaran dan tampil seorang individu bernama Kris Iskandar menyahut cabarannya.

Kris Iskandar yang mengelarkan dirinya 'Kris Iskandar Sik (tak) Kulup' menyahut cabarannya dan mahu menumbuk lelaki itu di depan pejabat Perdana Menteri. Dan kenyataan lelaki terbabit diwar-warkan di kebanyakkan page berasaskan negeri Sarawak yang menyatakan sokongan terhadap lelaki terbabit.

"Cabaran diterima. Orang Sarawak ini mahu tumbuk awak di depan pejabat perdana menteri,"

Akibatnya, ramai yang melemparkan kata-kata kesat dan kritikan terhadap Abdul Rani Kulup.

Bagaimanapun, kenyataan itu sebenarnya bukan dikeluarkan oleh Presiden MJMM. Sebaliknya dikeluarkan oleh pengendali laman Facebook 'Abdul Rani Kulup Fan' yang diwujudkan untuk tujuan membahankan Presiden MJMM.

Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang mengeluarkan kenyataan itu telah mencemarkan imej Abdul Rani Kulup dan sekali gus menimbulkan persepsi yang negatif di kalangan rakyat Sarawak.

Entah berapa banyak pahala yang Abdul Rani Kulup dapat untuk dua tiga hari ini akibat dimaki tanpa usul periksa.

Untuk pengetahuan umum, beliau juga adalah seorang pemain dram bagi sebuah kumpulan kugiran bernama Sometimes Group yang mendendangkan lagu-lagu 80'an.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved