ONEXOX
BannerFans.com

Biodata Dan Gambar Bakal Isteri Zizan Razak Yang Cun Melecun Terbongkar

on Monday, April 13, 2015



Pelawak terkenal, Zizan Razak mendedahkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu.

“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya.

Teraju utama filem Cicakman 3 itu berseloroh menyatakan bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik serta menghormati kedua ibu bapanya yang membuatkan Zizan Razak berkenan di hati.

Biodata bakal isteri Zizan Razak

Nama : Dirahsiakan
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pekerjaan ; Dirahsiakan
Pendidikan : Dirahsiakan

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved