ONEXOX
BannerFans.com

ISU DIANA TAYANG 'ASET' DI MAJALAH, FARID KAMIL TERKILAN

on Monday, April 13, 2015



Pelakon dan juga pengarah, Farid Kamil, 34, meluahkan rasa terkilannya mengenai isu isterinya, Diana Danielle, 24, yang mencetuskan kontroversi apabila bergambar untuk sebuah majalah sehingga menampakkan sebahagian dadanya, baru-baru ini.

Farid Kamil, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu yang membabitkan isterinya itu dan menganggap perkara itu terlalu hybrid dalam kerjaya seni dan lain-lain.

"Minta maaf, saya tak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut kerana itu melibatkan peranan saya sebagai seorang suami mahupun pelakon.

"Pihak media boleh bertanyakan apa-apa soalan kepada pengurusan artis Diana kerana ia di luar bidang saya untuk menjawab," jelas Farid.

Apabila ditanya sama ada isteirnya telah menjadi mangsa keadaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Farid hanya sekadar mampu menarik nafas panjang dan berdiam diri.

"Entahlah sukar bagi diri saya untuk menerangkan dan memberi komen yang terperinci, apa yang boleh saya lakukan hanya mampu berdoa agar insiden seumpama ini tidak berulang lagi," katanya dengan nada yang gusar.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved