ONEXOX
BannerFans.com

220 Mat Rempit kena tolak motor di Jalan Lingkaran Tengah Seremban

on Monday, June 29, 2015



Seremban: Seramai 220 penunggang dan pembonceng motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Lingkaran Tengah Seremban di sini, tengah malam tadi.

Dalam operasi bermula 12 tengah malam itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan raya di kawasan itu yang dikatakan menjadi tumpuan mat rempit berlumba.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kumpulan terbabit yang disyaki sedang berlumba terkejut sebaik menyedari laluan mereka disekat polis menyebabkan ada segelintir mereka bertindak melarikan diri dengan melawan arus.

"Bagaimanapun, kita berjaya menahan 220 individu berusia antara 18 hingga 25 tahun dan merampas 177 motosikal sebelum dibawa ke IPD Seremban untuk pemeriksaan lanjut. Daripada jumlah itu 35 motosikal disita atas pelbagai kesalahan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, operasi bertujuan mencegah kegiatan lumba haram dan samseng jalanan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved