ONEXOX
BannerFans.com

Bahaya Merokok Selepas Buka Puasa

on Thursday, June 25, 2015



Tidak dapat dinafikan lagi, tabiat merokok susah mahu dihilangkan walaupun menghisap rokok boleh membawa maut.

Merokok boleh kesan buruk kepada perokok yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam satu tempoh yang lama.

Perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan.

Seseorang yang berpuasa memerlukan air, glukos dan oksigen.

Dengan menghisap rokok, ia boleh menghalang kemasukan oksigen dan menyekat saluran darah. Lebih parah lagi, merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekaligus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Dr Akbar Abdullah said...


Satu artikel yang menarik mengenai bahaya merokok. Ini adalah kerana rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia dan 400 jenis racun yang boleh merosakkan badan kita.


July 12, 2015 at 1:28 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved