SEREMBAN - Pembinaan Hospital Rembau dengan kos RM100 juta dijangka siap pada 2017, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Katanya, dengan siapnya Hospital Rembau itu, bermakna setiap daerah di Negeri Sembilan akan mempunyai hospital.
"Hospital Rembau dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar di Chembong dan dilengkapi dengan 97 katil serta kemudahan rawatan lain setaraf hospital daerah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program MySihat di SJK(T) Rantau dekat sini, hari ini.
Katanya selain Seremban, daerah lain yang kini mempunyai hospital ialah Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Tampin.
Hospital Seremban dan Kuala Pilah merupakan hospital pakar manakala Hospital Port Dickson yang akan dinaiktaraf terdapat pakar dalam beberapa bidang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment