KUCHING - Nota kecil seorang pemilik kereta Kelisa yang lucu tersebar meluas di laman sosial.
Pemilik kereta terbabit meninggalkan sekeping nota kecil yang meminta agar polis tidak mengenakan saman terhadapnya kerana memarkirkan keretanya di kawasan larangan, berhampiran pusat beli-belah.
"Salam. Abang Polis/JPJ, saya terpaksa parking di sini. Dah tak tahan nak pergi ke jamban. Salam, terima kasih bro Polis. Sekejap je," tulisnya pada nota kecil itu.
Nota yang diselitkan di celah wiper itu kemudian ditemui oleh dua anggota polis yang meronda menggunakan basikal. Gambar nota itu kemudian dirakam dan dimuat naik ke laman sosial dengan caption,
"Ini alasan one off, kali ini sahaja"
Mujur dua anggota polis itu memahami dan tidak mengenakan saman terhadap pemilik kereta tersebut.
Bagaimanapun, seorang netizen mendakwa pernah mengalami perkara yang sama.
"Hari itu saya parking di dalam kotak parking polis di depan KFC bisu, tak tahan sebab perut nak berak. Tandas terdekat, belakang Elektra.
"Bila selesai dan kembali ke kereta, tengok-tengok dah ada kertas saman. Terus pergi ke balai polis merayu memohon keampunan dan maaf. Malangnya tidak diendahkan. Tetap disaman RM150.20 untuk kos sebatang tahi pada hari itu," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment