Dugaan di bulan Ramadhan.
Kejadian ini berlaku di Mydin Seremban 2.
Selepas membeli barang-barang dapur dan masukkan segala-galanya di dalam bonet kereta, tiba-tiba datang seorang lelaki India mengarahkan saya untuk membuka bonet kereta untuk memeriksa nombor chasis.
Katanya tak bayar cukai import.
Saya tak layan pun, terus masuk dalam kereta dan kunci kereta. Malangnya, tak boleh nak ke mana-mana sebab lelaki itu menghalang jalan keluar dengan keretanya.
Saya hilang sabar, terus keluar dari kereta dan tanya pada lelaki itu mana kad kuasa Kastam nak block atau rampas kereta saya.
Bila dah cakap macam tu, barulah dia nak alihkan kereta dan saya pun keluarlah dari kawasan parking.
Keluar dari parking pun, lelaki itu tetap ikut dari belakang. Saya pun terus pergi ke balai polis berhampiran Seremban 2.
Barangkali dia tahu saya pergi ke balai polis, terus dia menghilangkan diri.
Dalam keadaan panik, saya hanya sempat merakam dua gambar sahaja. Harap jadi pengajaran dan panduan buat kawan-kawan agar lebih berhati-hati. Segalanya berkemungkinan terjadi di musim perayaan ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment