Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA.
Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja ‘Beer percuma’.
‘Beer, beer, beer!’
Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.
Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,
“Betul ke awak ini lebih 18 tahun?”
Budak itu jawab, “YA!”
Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam.
Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan.
Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.
Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya.
Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak.
Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
y bg tu pramugari bkn islam,die pun kkdg pelik jugak dgn seligintir org islam y mengaku islam tp masih lg meneguk air setan tu...salah prmaugari tu ke atau slh diri sndri y xtau psl hukum hakam???pokok pangkal terletak pd diri kt..kalau iman kt kuat dn kt tau hukum halal haram dlm islam buat sejuta air free beer pun iman kt xkn goyah...utk pengurusan tertinggi MAS tlg jgn sombong dan boongkak...bkn dgn cara ini tuk anda mengembalikan zmn kegemilangan MAS...aku sokong dan aku sayangkan MAS tp aku harap pengurusan tertinggi harap dpt di terajui oleh mrk2 y btl2 sayang akan negara dan MAS bkn hnya tuk isi kantung sndri semata2...
June 28, 2015 at 7:16 PM
Post a Comment