ONEXOX
BannerFans.com

PEKERJA CAR WASH SELIPARKAN KERETA POLIS?

on Sunday, June 7, 2015



Gambar seorang pekerja car wash 'menghadiah' tapak seliparnya kepada sebuah kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebar di laman Facebook sejak malam tadi.

Remaja yang dianggarkan berusia pertengahan 20'an itu dirakam meletakkan kakinya di pintu  dan sesekali menggunakan seliparnya untuk menggelap kereta tersebut.

Tindakan yang kurang matang itu dilakukan dengan wajah yang jelas sekali bangga dan gembira dapat berbuat demikian.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi tepat car wash berkenaan. Namun, netizen mengkritikan tindakan remaja berkenaan yang dilihat tidak hormat dan gagal dididik oleh ibu bapanya.

"Terlebih ajar budak ni. Esok susah, polis juga yang dicari. Dunia ini kecil saja, sekejap saja kalau polis nak cari. Masa itu nanti barulah nak lari tak cukup tanah," kata netizen.

Sungguhpun geram disaman atau apa jua alasan, tidak wajar berbuat demikian. Balik-balik, orang akan mempersoalkan bagaimana ibu bapa mendidik anak-anaknya sehingga menjadi teruk sebegini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved