Pelakon veteran Wan Maimunah dilaporkan telah bercerai dengan suaminya Makpol Saimon semenjak April lalu.
Wan Maimunah yang juga terkenal dengan iklan peragut terbitan FINAS itu mengakui bahawa tiada apa-apa lagi hubungan dengan usahawan makanan Kacang Pool itu.
Bagaimanapun, Wan Maimunah enggan memberikan penjelasan lanjut mengenai perceraian mereka kerana menghormati keputusan bekas suaminya itu yang tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan.
"Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya pada bekas suami saya. Saya bimbang perkara ini diperbesarkan.
"Apa yang boleh saya katakan ialah itu semua kuasa Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui segala yang berlaku," demikian kenyataan Wan Maimunah kepada wartawan Kosmo semalam.
Lapor Kosmo!, Wan Maimunah kini kelihatan tidak bermaya dan susut berat badan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment