Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan pemilihan Umno 2016.
Presiden Umno itu berkata, penangguhan ini perkara biasa kerana ia pernah dilakukan sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Setelah membincangkan perkara ini dengan mendalam maka MT mengambil keputusan supaya pemilihan yang dijadualkan pada tahun hadapan 2016 ditangguhkan selama 18 bulan mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT tangguh pemilihan pada peringkat MT, bahagian dan cawangan.
"Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT di ibu pejabat Umno, petang ini.
Kali terakhir Umno mengadakan pemilihan parti adalah pada Oktober 2013 selepas menangguhkannya bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
Pemilihan itu sepatutnya dilangsungkan pada 2012.
Mandat kepimpinan Umno sekarang akan berakhir pada 2016. Mandat Parlimen sekarang pula akan berakhir pada 2018.
Menurut Najib yang juga perdana menteri, penangguhan itu akan memberi peluang kepada Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain mengukuhkan parti masing-masing menjelang pilihan raya umum 2014.
"Kita mesti utamakan khidmat kita kepada rakyat, beri tumpuan kepada segala keperluan rakyat sama ada di peringkat dasar atau peringkat akar umbi.
"Serta beri tumpuan kepada pengukuhan parti dan kerja yang patut kita lakukan supaya parti Umno dan rakan-rakan kita lebih mantap menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Keputusan ini bertentangan dengan cadangan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu yang mencadangkan agar pemilihan akan datang tidak ditangguhkan.
Beliau membuat saranan itu pada Perhimpunan Agung Umno ke-68.
Sementara itu, Najib turut mengumumkan yang beliau akan membuat keputusan tentang kemelut dalam MIC selepas meneliti surat daripada Pendaftar Pertubuhan.
Menurutnya, beliau tidak mahu membuat keputusan dalam keadaan tergesa-gesa
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment