Hanya kerana gelaran 'baby', seorang lelaki teruk dimaki hamun oleh seorang wanita yang cemburu menyangka suaminya bakal dirampas orang ketiga itu.
"Assalamualaikum cik dollah. Ini baby ni. Esok lepas encik habis meeting saya nak jumpa encik ye,"
"wasalam. KEPALA HOTAK kau berbaby kat mesej. Oh patotlah suami aku selalu balik lambat. Katanya meeting dengan client. Client dengan CIK baby? Kau ni memang dasar perampas! Kau tunggu esok memang aku ganyang kau. Bettina tak guna. SIAL!," balas isteri pegawai berkenaan.
Fariz Badrol, memuat naik gambar screenshot mesej caci maki dari wanita berkenaan di laman Facebook berserta dengan penjelasannya.
"Kat office orang panggil aku baby sebab aku paling muda. Termasuk pegawai ini dia panggil aku BABY. Jadi aku mesejlah pegawai ini untuk ingatkan dia tentang esok. Tak tahu jadi macam ni. Isteri dia cemburu terlampau kuat sampai aku kena hamun.
"Adoi kak, saya lelaki. Adoi.. Tujuan upload, kepada isteri di Facebook ini janganlah cemburu sangat. Mungkin suami-suami ada kawan nama baby. Jadi siasat dulu, jangan nak ganyang orang kak. Saya lelaki," jelasnya.
Bagaimanapun, di usia dah tua bangka + berbulu seperti ini amatlah tidak sesuai menggunakan gelaran baby.
Berilah alasan seperti ini pun, si isteri tetap tidak akan percaya kerana ianya langsung tidak masuk akal.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
perkenalkan nama tak boleh ke?? lelaki dewasa panggil baby.... mcm x sesuaiiiii jeeee
July 5, 2015 at 9:55 PM
Post a Comment