Orang ni bekerja di TNB. dia datang rumah saya untuk potong bekalan lektrik sebab ada Tunggakan 3 bulan RM 609. Sebelum masuk rumah dia panggil saya Dari luar gate. masa dia panggil I duduk di dapur buat persiapan untuk masak. Hero ni tak sabar 5 minit terus panjat pagar rumah saya untuk potong bekalan lektrik. I terkejut tengok orang ramai didepan rumah Dan tidak buka pintu rumah sebab tak tahu siapa di luar.
lepas confirm orang saya buka pintu Tanya orang tu boleh ke panjat pagar rumah orang. Dia cakap ada Polis di luar jangan cerita banyak2 . u pegi buat bayaran dulu. itu menteri besar mari pun tak boleh buat apa. langsung tak bagi peluang untuk saya buat pembayaran.
Terus naik atas cabut fius Dari meter box. Dia sudah tengok dalam rumah ada kanak2 pun tak hirau tentang mereka. saya tak dapat duduk rumah sebab takde elektrik. saya terus pegi tnb untuk bayar bil lektrik. selepas bayar bil saya cari kereta diorang kat taman saya. nasib baik dia masih lagi pusing2 di taman saya.saya jumpa itu hero tunjuk bil api yg dah bayar then suruh dia dtg rumah buat penyambungan.
Lepas 2 jam dia datang balik rumah saya untuk penyambungan semula. Kepada semua yg bekerja di tnb saya merayu ngan u orang tolonglah ingat orang family.kalau ada penyakit dalam rumah macam mana ye? u orang jadi puncalah untuk kematian diaorang. pakai lah otak sikit .Jangan terus panjat rumah orang suka2 potong api ngan air. Lagipun notis kuning tak hantar dulu sebelum potong bekalan. ingatlah sikit u orang pun ada family.
u pun manusia biasa. lagi bawa Polis bantuan untuk tunjuk wayang buat apa? kita bukan penduduk asing duduk tanpa permit atau orang jual dadah jenayah. Lain kali jangan panjat pagar rumah orang. Nasib baik anjing saya ada di belakang rumah. kalau ikat depan tahulah u.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment