Demikian dakwaan seorang lelaki di laman Facebook yang menimbulkan kemarahan golongan jururawat di Malaysia.
Difahamkan, lelaki yang bernama Cham Cham ini berang dengan jururawat yang didakwanya sibuk melihat kemaluan ayahnya apabila disuruh kencing di dalam botol.
"Kencing je, kami dah biasa tengok,"
Apabila ditegur oleh rakannya, mengapa perlu memburukkan pekerjaan jururawat, Cham pantas membalas dan menyangkal dakwaan kononnya dia anak derhaka.
"Ayah aku sakit, aku yang jaga. Aku tak bagi nurse sentuh pun. Dia meninggal pun kat tangan aku. Memang nurse suka tengok kote. Kalau kau bagi kot kat nurse tu.
"Kalau kat hospital Malaysia dah tak ada darurat. Semua bantai. Nurse-nurse sibuk nak tengok kote pesakit lelaki.
"Gaji nurse tu pun bergantung kepada customer yang datang tau. MAna datangnya duit kalau tak customer yang macam aku?
"Aku suruh doktor yang check, bukan suruh nurse cuci berak basuh kencing arwah ayah aku. Aku bayar wei bil hospital. Hospital itu bukan nurse yang punya," katanya.
Tidak tahan dengan dakwaan tidak berasas dan terasa dihina oleh Cham, seorang jururawat tampil membidasnya melalui laman Facebook.
"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredhai Allah taala.
"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.
"Bab-bab tugas yang lain saya tak nak cerita panjang memandangkan tuan hanya berkata kami sibuk nak tengok kote pesakit lelaki sahaja. Sekali lagi, saya harap tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," kata Putry Al Wafa.
Susulan tersebarnya gambar kenyataan biadab itu di media sosial, Cham telah menyahaktifkan akaun Facebooknya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment