ONEXOX
BannerFans.com

Punca Najib gesa pesara bantu kerajaan perbetul fitnah di media sosial jadi bahan ketawa netizen terjawap

on Monday, August 17, 2015



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih memahami dasar-dasar kerajaan kerana ada di antara mereka ada yang telah berkhidmat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan menjadi saksi kepada pelbagai fasa transformasi yang dilalui negara.

"Saya minta tolong uar-uarkan perkara yang baik kerana (pesara) faham dasar kerajaan... banyak fitnah di media sosial yang terpaksa kita betulkan. Tolong bantu saya jernihkan keadaan," katanya.

Beliau berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-28 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) di sini, malam ini.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden PPKM Kebangsaan Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau memerlukan komitmen dan sokongan lebih 46,000 anggota PPKM untuk mencapai transformasi yang diimpikan kerajaan buat negara.

Beliau memberi jaminan bahawa keyakinan, komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi golongan pesara terhadap kerajaan tidak disia-siakan dengan kerajaan akan melakukan sebaik mungkin untuk kumpulan itu.

Sambil menjelaskan pentingnya sebuah negara yang aman dan stabil dengan pengurusan ekonomi berkesan, beliau berkata semua itu mampu dicapai dengan bantuan pesara dalam mencorakkan keadaan yang boleh membuat rakyat terus yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan.

"Saya beri jaminan kalau negara lebih baik, saya tak akan lupakan kebajikan pesara... kita tak boleh memandang sepi kepada pesara kerajaan, kita tak boleh pinggirkan mereka dan jangan kita tak kenang jasa dan budi mereka," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia baru-baru ini, dan peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa untuk membela kebajikan pesara.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved