SEOUL - Bekas Perdana Menteri wanita pertama Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Agung kerana menerima dana politik haram.
Han Myeong Sook, 71, yang berkhidmat setahun saja sebagai Perdana Menteri dari April 2006 sehingga 2007, dituduh menerima 880 juta won (RM3.1 juta) dari seorang ahli perniagaan bagi membiayai kempen politiknya agar dapat dicalonkan sebagai presiden.
Mahkamah Daerah sebelum itu membebaskan Myeong Sook setelah mendapati keterangan ahli perniagaan itu meragukan.
Bagaimanapun, pada tahun 2013, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada Myeong Sook dan secara otomatiknya beliau kehilangan kerusi di dalam Dewan Negara.
Myeong Sook menafikan dakwaan menerima dana haram itu dan menuduh kerajaan mempergunakan pendakwar raya negeri untuk menjatuhkannya.
"Saya tidak boleh menerima hakikat itu dan menjadi mangsa 'penindasan politik," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment