ONEXOX
BannerFans.com

'SAYA PINDAHKAN SEMUA WANG KERANA TIDAK PERCAYAKAN TABUNG HAJI'

on Friday, January 29, 2016


"Selamat Tinggal Lembaga Tabung Haji"

Saya tidak suka memberikan komen mengenai politik. Saya lebih gemar menjadi pemerhati yang senyap sahaja. Walaupun dalam Facebook atau dalam group WhatsApp yang saya sertai, saya memang jarang muncul dan tidak pandai nak bersembang kosong. Apatah lagi nak berdebat atau nak mengadu tentang hal-hal politik.

Saya lebih gemar menggunakan hak saya sebagai pengundi dan memangkah pemimpin yang saya pilih. InshaAllah, kalau boleh yang berteraskan khalifah Islam. Tetapi pilihan raya umum lambat lagi. Dan dari hari ke hari, hati saya semakin mendidih di dalam.

Apa sudah jadi pada Malaysia ku? Apa sudah jadi pada negara Islam ku?

Sedih, sedih dan sedih. Kemelut terbaru Lembaga Tabung Haji (LTH) telah menghancurkan hati dan kepercayaan saya. Saya tahu, inshaAllah wang saya tidak ke mana dan tetap di situ. Malah yang pastinya dividen pun tetap akan ada walaupun mungkin tidak sebanyak dulu lagi.

Tetapi saya tidak mahukan dividen yang tinggi, kalau sepatutnya itu bukan hak saya. Jika mengambilkira perkara yang sepatutnya dilakukan LTH.

Saya melihat, semua rakyat jelata marah, kutuk, mengadu, menyindir, mencerca dan sebagainya. Tetapi situasi zaman kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa marah dan suara rakyat sudah tiada maknanya dan tidak boleh mengubah apa-apa pun.

Lalu saya berfikir, apa yang saya boleh buat untuk menyatakan suara saya? Tidak bersetuju tentang apa yang berlaku pada LTH dan kepimpinannya, mengikut cara saya. Kalau hanya setakat bising di media sosial, orang-orang seperti saya ini boleh ke memberikan impak? Apa yang pasti, ia bagaikan menyalak bukit sahaja.

Maka hari ini saya memutuskan untuk menggunakan hak saya dengan melakukan perkara mudah di hujung jari sahaja.  Dan saya baru saja balik dari Tabung Haji. Saya telah memindahkan semua wang simpanan dalam akaun Tabung Haji saya ke akaun bank Islamic dan bank-bank yang lain.

Namun saya tinggalkan RM1,500 kerana kakitangan kaunter Tabung Haji kata itu adalah kadar minimum untuk akaun terus kekal aktif. Saya akan pindahkan semula kesemua wang saya ke akaun Tabung Haji jika kemelutnya telah diselesaikan. Lagipun saya telah pergi mengerjakan Haji, jadi keperluan saya pada LTH sudah tidak banyak rasanya.

Saya menabung di situ pun kerana saya merasakan LTH paling syariah compliance dan juga mahu menyokong institusi berteraskan Islam. Tetapi sekarang, saya pun sudah tidak beberapa percayakan kepimpinan Tabung Haji. Saya terpaksa membuat keputusan yang lain pula.

Saya mahu melihat, jika LTH dapat mengembalikan kepercayaan saya, bila-bila masa saja saya boleh memindahkan semula wang saya ke akaun Tabung Haji. Tetapi bukan kali ini. Selamat tinggal Tabung Haji. Saya tak support 'pemakan dedak'.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Siapa peduli kalau awak nak keluarkan duit awak sebab tak percayakan Tabung Haji lagi tapi kenapa tak keluar semuanya?
Tak keluarkan semua sebab awak sendiri tak yakin apa yang awak baca dan dengar...
TUduhan yang tiada bukti adalah fitnah....
Meruntuhkan ekonomi Islam adalah agenda Yahudi...
Bukannya kerja mudah untuk membina semula ekonomi Islam.
Sepatutnya kita semua orang Islam mesti bersatu membina ekonomi Islam di Malaysia ini...
Adakah awak mempunyai fakta mengenai jumlah aset yang dimiliki oleh TH....?


January 29, 2016 at 7:49 PM
Anonymous said...

simpan saja duit ko tu di bank kafir .... selagi islam dan melayu selagi itu lah akan diserang...


January 29, 2016 at 9:02 PM
assaad said...

Merasa diri itu bijak. Betul kata anon 7.49 pm. Kenapa tak keluarkan semua. Ada fakta. Buat kaji selidik. Kalau ada kebenaran baharu berkata. Jangan menabur fitnah. ...

Saat Jais
https://saatjais.wordpress.com


January 29, 2016 at 10:16 PM
Anonymous said...

Jangan ambil tindakan gopoh sekiranya tidak jelas dengan kedudukan yang sebenarnya.Sekiranya ada yang tak betul, kita bersuara untuk mereka perbetulkan apa yang patut. Bukan simply give up kerana fed-up dengan berbagai-bagai berita yang entah betul entah tidak.


January 29, 2016 at 10:19 PM
Anonymous said...

Wah! byk jugak macai2 kt sini tak percaya TH dh seleweng. Tak kan Bank Negara nak tipu pulak?Sukati dia lah nak keluarkan ke nak letak balik. Selagi penyamun2 masih kt situ selagi tulah TH tak selamat.


January 30, 2016 at 12:45 AM
Anonymous said...

Syed Ali : DAP berniat jahat, cuba runtuhkan kredibiliti Tabung Haji

http://umnobahagiancheras.blogspot.my/2016/01/syed-ali-dap-berniat-jahat-cuba.html


January 30, 2016 at 4:18 PM
Anonymous said...

Isu Tabung Haji: Siapa bocor kandungan surat Bank Negara? – Azeez Rahim

"Katanya isi kandungan surat tersebut lebih kepada BNM memberi peringatan kepada TH, sama seperti yang dilakukan kepada institusi kewangan lain di bawah pemantauan BNM.

Beliau (Zeti) memberi pandangan dan nasihat supaya menjaga keuntungan demi masa hadapan. Bukan kata TH kerugian atau kehilangan duit. Tindakan mereka tidak salah."

http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/29/isu-tabung-haji-siapa-bocor-kandungan-surat-bank-negara-azeez-rahim/


January 30, 2016 at 4:24 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved