JEMPOL - “Ikan mempunyai feng shui yang baik,” demikian menurut seorang calon parti Bebas mewakili Dun Jeram Padang, R Mazavan, 52, ketika menjelaskan mengapa dia memilih simbol berkenaan bagi mewakili dirinya.
Mazavan yang merupakan anak jati Bahau berhasrat mahu memperjuangkan nasib penduduk Dun Jeram Padang selain turut mengambil kira kebajikan penduduk yang tinggal di kawasan ladang.
Menurutnya, rakyat Jeram Padang mahukan calon dalam kalangan anak tempatan untuk bertanding dalam kerusi Dun Jeram Padang.
“Tetapi saya lihat pemimpin PKR telah membawa orang luar dan itulah sebabnya saya mengambil keputusan datang sebagai calon Bebas.
“Saya mempunyai ramai kawan-kawan di kawasan itu yang akan memberi sokongan kepada saya dalam pilihan raya ini. Namun, saya hanya mahu memberi khidmat terbaik untuk penduduk kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment