Lebuhraya Perseketuan atau lebih dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia. Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013), kami dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan lebih daripada 12 orang. Menurut maklumat yang diterima, 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi).
Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 biji kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan bergelimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus tangan, putus kaki dan terputus dua. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan.
Menurut mesej dari seorang pambaca Oh! Tidak;
“oh media.. nanti buat news update pasal kemalangan ngeri yang berlaku kat federal highway sebentar tadi. Sangat ngeri.. badan putus sana sini.. mayat bergelimpangan.. and ramai yang meninggal.. tak tau jumlah sebenar berapa.. punca dan mcmmana berlaku.. saya baru lalu tadi.. ngeri.. ramai pulak tu..” – Aida.
Video:
Video di bawah ini adalah rakaman semasa kemalangan baru sahaja berlaku dan pihak polis masih lagi di dalam perjalanan. Jadi keadaan mayat yang masih tiak bertutup mungkin mengganggu mereka yang tidak kuat semangat.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment