ONEXOX
BannerFans.com

Anwar Tetap Enggan Undur

on Saturday, May 25, 2013


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengulangi pendirian beliau hanya akan berundur dari arena politik negara sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei lalu bersih, telus dan adil.

Bagaimanapun, beliau berkata hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana mendakwa wujudnya penyelewengan sepanjang perjalanan pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

"Saya putuskan kalau proses pilihan raya umum bersih dan saya tetap tewas, saya akan undur tetapi dalam kes ini bukan sahaja kita menang besar, apa sebab saya nak undur.



"BN dapat 41 peratus undi popular, hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur, kamu fikirlah sikit. Tak malukah kamu fitnah tiap-tiap malam," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Keadilan di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.





Sementara itu, Anwar turut mengagumi permuafakatan yang terbina antara ketiga-tiga parti (PKR, DAP dan PAS) sehingga mencatat kemenangan 51 peratus undi popular.

"Walaupun terdapat detik meresahkan, kerjasama PKR, DAP dan PAS amat baik. Jangan kita nafikan kenyataan bahawa pemuafakatan ini cukup berkat dalam sejarah politik tanah air. "Rakan-rakan DAP dan PAS membantu dengan penuh komitmen. Kerjasama ketiga-tiga parti cukup baik sehingga tidak ada kecacatan dalam komiten," katanya.

Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung pertindihan kerusi dalam PRu-13 dan menyifatkan perkara itu berlaku kerana tidak ada ketegasan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved