ONEXOX
BannerFans.com

Ibu Dan Bayi Sengsara Di Vietnam, Air Asia Usah Lepas Tangan!

on Sunday, May 19, 2013


Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia.

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam atau 10 malam waktu Malaysia.

Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.

“Ada masalah apa puan?”



“Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi,” ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.

“The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft,” arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.

Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.

Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan.

Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.

Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.

“So, all twelve had to stay then ,” balasnya.

“I understand the situation, law is a law but don’t forget, these are human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before making further decision,” balas saya.

Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam.

“Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh,” ujar doktor terbabit.

Beberapa minit kemudian tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.



“Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan Maryam, dia membisu,” ujar kakak Izan, Norhamiza.

Saya perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down.





Barangkali dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.

Keputusan muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.

“The captain doesn’t allow this baby on board,” ujar pegawai sama kepada kami.



Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala pulang ke Malaysia.

Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga tidak berupaya menahan deraian airmata tumpah di pipi.

“Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak mempunyai wang tunai mencukupi. Kalau hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan,” kata saya spontan kepada semua penumpang sedang beratur untuk menaiki pesawat.

Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket serta beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.



Hebat sungguh warga Malaysia. Memori sebegitu bakal terus terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan.

Saya berasa amat kagum.

Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan. Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.

Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada kawasan itu.


Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang tunai.

Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.

Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.

Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya tidak segan untuk merayu …

“Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air Asia boleh mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama seperti Tan Sri. Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang untuk pulang. Jika penumpang tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat Malaysia”

Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau diperlukan.

Saya bukan Richard Branson and I don’t wear skirt.




Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau dan kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani kesengaraaan bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.

Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan dan Maryam are humans.

Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan terbang.

Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.

Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat. Melihat reaksi wajahnya gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat menjangkakan kes itu terlalu asing bagi dirinya.

“Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu,” pinta saya.

Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.

“Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita,” kata gadis tinggi lampai itu.

“Adakah kapten mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi memaklumkan saya dan keluarga Izan, kapten tidak membenarkan Mariam menaiki pesawat,” soal saya.

“Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan,” akui Kasturi.

Kapten bertugas, Ariffin Bakar.

Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.

Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.

“Memang kami terekjut,” komen Zaiton terkilan.

“Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon, Izan berkata, kakitangan Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen teksi dan berkata, I am sorry. Izan kemudian terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May Flower Hotel, tempat kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan ke Vietnam,” tambah Norhamiza.

“Jadi tidak benarlah kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?,” tanya saya kepada ahli perniagaan itu.

“Tidak,” balasnya ringkas.




“Apakah pesanan puan kepada Air Asia?,” soal saya.

“Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam membawa penyakit, sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam,” luah Norhamiza, kecewa.

Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi untuk Maryam melakukan pemeriksaan darah di hospital di Vietnam? Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini? (www.mazidulakmal.com)

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 15 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Airasia mmg mcm sial! Ari tu aku lmbt skit dh x boleh msk flite, dok sibuk suruh beli tiket baru..merayu mcm mana pun diorang mmg buta hati nk consider..blagak nk mampus..lps ni mmg aku x akn naik airasia lg..aku lbh prefer MAS..buat apa aku nk bg duit aku utk sykt penerbangan mcm sampah tu!!!


May 19, 2013 at 3:32 AM
gohku said...

Air asia dapat lesen dari kerajaan. Ada kerajaan kisah apa Air asia berlaku kijam mcm ni pda rakyat marhaen ?


May 19, 2013 at 5:19 AM
Anonymous said...

i memang x naik air asia...sakit hati..MAS tetap pilihanku..biarla mahal pon..


May 19, 2013 at 5:29 AM
Anonymous said...

Undang2 Air Asia mmg mcm hanj**g!!menyusahkan dan xdo boleh kasihan.ponah sekali terkono dari Langkawi ke KL..lewat 5 minit yox check in..kono dondo..padahal penobangan ada 55 minit laie..supervisor pun x buleh buek apo..pueh betokak..last2 kono dondo jugak 4 oghang..sey kobaan kek supervisor "kalau u xdo kuaso untuk bg pengecualian dondo baik duduk kaunter yolah, sobab kuaso u samo dgn staff kaunter yo"mmg paneh maso tu...sib baik x sughuh ea boli tiket baghu..Alhamdulillah..


May 19, 2013 at 5:32 AM
umi_e said...

Saya pun menyampah dengan Air Asia ni! Sikit pun tak boleh kurang...berat terlebih 500gm @ 1/2 kg pun dia tak bagi! Tapi bila orang yang beli bagasi tapi bawa kurang dia tak pula pulangkan bayaran! Dahlah jalan jauh nak mampus!

Last week saya ke Brunei, dah board dan masa masih ada 1/2 jam lagi tapi dah dipanggil2 konon nak berangkat! Orang terkejar2 termasuk saya yang pergi ke toilet! Bila masuk dalam bilik sempit tu rupa2nya kapal terbang pun tak sampai lagi! Orang penuh dan berdiri sebab tidak cukup kerusi... Memang hawau!


May 19, 2013 at 5:37 AM
Anonymous said...

Bnyk betul isu air asia skrg..kalau rakyat malysia ramai2 boikot..mau hancus biz dorg..fikir2 kanlah wahai mgt air asia.


May 19, 2013 at 5:45 AM
Anonymous said...

Kesian nyer... apalah nasib mereka yer... pls update lagi yer...


May 19, 2013 at 6:12 AM
NK Rashid said...
This comment has been removed by the author.
NK Rashid said...

Now every one can avoid?


May 19, 2013 at 6:36 AM
Unknown said...

Staf airasia mmg hawau..xder manners...dulu sy pernh mtk pladtik utk bgks mknn yg xdmkn...blh stewardess tua tu jwb km xde plstk bgks mknn plstk smph ada..smbl senyum sinus.auh sial..lg sati ank aku tm tu kck lg...nmpk brosur dpn tpt ddk..so dia main..kn sound dgn stewardess tua td ...jgn main...kyk nnt..mk mmg sial..


May 19, 2013 at 8:19 AM
ash said...

Mmg patut da lama kna boikot air asia nih.. kalo tgk total hargatiketmpon xdemla murah mane.. tp mgkin lebih ramai diluar sana maseh mudah tertipu dgn bisnes trick mereka.. plan ur trip, book mas, no delay, no compromise.. safety first !!


May 19, 2013 at 8:45 AM
Anonymous said...

sy pon pernah kena dgn air asia. masa tu balik dari Guangzhou. ada 10 min lagi sblum check in tapi sy n suami xdibenarkan masuk. sakit hati betul merayu pon xguna. last-last kami kena beli tiket baru. menyampah betol! tiket memang murah, tapi layanan janganla murah jgk! itu sbenarnya salah satu tricks air asia nk untuk lebih. berhati2 semua!


May 19, 2013 at 5:31 PM
Anonymous said...

kwn saya pernah terkena dgn airasia.spttnya fl8 dorang mlm.aleh2 msa nk cek in air asia(aa) ckp fl8 dh tuka ke pagi..dorng dh trtinggal fl8..bla d tnya knpa x bgtau aa ckp sdh cll tp x jwb..kbtulan jgk msa tu kwn sya tgh solat n x dpt jwb.bla tgk private num dorng x cll blik.tnya lgi knpa x bg msg dorng ckp dorng x dibenarkan anta msg.hanya cll sja bole..byk yg marah masa tu sbb x tau fl8 sudah d tuka ke pagi..


May 19, 2013 at 9:34 PM
Anonymous said...

Saman jer .......


May 20, 2013 at 7:47 AM
Anonymous said...

Memang la,staf semua bajet bagus tp buat keje mcm hampeh,konon cantik la boleh blah la AA.boikot la AA ni


May 22, 2013 at 7:00 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved