ONEXOX
BannerFans.com

Kediaman Kerabat Diraja N.Sembilan Dipecah Masuk, Rugi RM1.7 Juta

on Monday, May 27, 2013

KUALA LUMPUR: Seorang kerabat diraja Negeri Sembilan kerugian RM1.7 juta selepas kediamannya di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini, dipecah masuk, Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Azlee Abdullah berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an kehilangan barangan berharga serta wang tunai dalam bentuk mata wang asing dan jam tangan berjenama.



"Pengadu hanya menyedari kejadian apabila melihat kesan umpil di pintu bilik tidur rumahnya.

"Pengadu percaya suspek memanjat tembok rumah dan seterusnya memanjat pokok yang berdekatan dengan biliknya itu sebelum keluar melalui jalan yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama.





Azlee berkata polis percaya kecurian itu melibatkan lebih daripada dua orang penjenayah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved