Malah dia turut mendakwa beberapa bil air yang diterima setiap bulan tidak munasabah sejak tujuh tahun lalu sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.
Menceritakan kekecewaannya, Mahmod Ahmad, 56, berkata, kebiasaannya bil air rumahnya yang diterima setiap bulan hanya berjumlah RM50 berikutan rumah terbabit hanya dihuni oleh pasangan suami isteri serta seorang anak.
“Tapi pada tahun 2006, saya terkejut bil air rumah saya mencecah RM139.95. Saya telah membuat aduan kepada pihak Sains, tapi tiada sebarang tindakan dan maklum balas.
“Saya memang tidak berpuas hati kerana tidak munasabah rumah yang dihuni tiga orang sahaja bil air mencecah ratusan ringgit,” katanya ketika hadir ke pejabat Sinar Harian.
Menurutnya, sejak daripada itu dia mengambil keputusan untuk tidak membayar bil air berkenaan dan sehingga kini berlaku tunggakan sehingga RM11,707.64.
Mahmod berkata, dia berbuat demikian kerana mengesyaki Sains membuat pembacaan meter tidak betul menyebabkan bil air rumahnya menunjukkan pembacaan tidak sekata.
“Dalam tempoh tersebut saya tidak menjelaskan bayaran bil air kerana tidak berpuas hati. Tambahan pula saya telah berhijrah ke Sarawak dan beberapa kali sahaja pulang.
Mahmod berkata, dia juga berang apabila Sains membuat pemotongan meter ketika tiada penghuni di rumah.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Mahmod mengambil tindakan membuat laporan polis di Balai Polis Rahang serta akan membawa perkara terbabit ke mahkamah bagi menuntut keadilan.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim berkata, siasatan Sains pula mendapati, bil air rumah pengadu melebihi daripada jumlah biasa bagi jenis kediaman disebabkan terdapat masalah kebocoran dalaman (selepas meter) mulai awal tahun 2010.
“Sains telah memaklumkan perkara ini sejak dari awal dan menasihatkan pengadu membaiki kebocoran tersebut secepat mungkin agar tidak memberi kesan lebih buruk.
“Tapi keengganan pengadu berbuat demikian menyebabkan caj penggunaan air bagi akaunnya semakin bertambah,” katanya.
Menurutnya, kegagalan pengadu untuk menjelaskan tunggakan bil RMRM11,707.64 (sehingga April 2012) telah menyebabkan tindakan pemotongan diambil.
Zulkifli berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna untuk menyelenggara sistem paip dalaman di kediaman mereka sekali gus memastikan tangki air dalaman berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan bersih.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment