ONEXOX
BannerFans.com

Empat Lelaki Ditahan Serang Pemuda Cina Persenda Ramadan

on Tuesday, July 16, 2013

Empat orang lelaki di tahan Polis hari ini kerana mencederakan seorang lelaki berhubung balas dendam akibat paparan persendakan Ramadan, demikian kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Empat lelaki berkenaan dipercayai daripada lapan lelaki lagi bagi membantu siasatan kes culik seorang penjaga kaunter kafe siber yang di sebuah restoran di Taman Sri Muda di sini awal pagi semalam.

Difahamkan, penculikan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan mangsa yang dikatakan pernah menghina Islam dalam laman sosial Facebook dan Twitternya.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dua daripada suspek ditahan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan dua lagi ditahan di Kampung Medan, Petaling Jaya dan Ampang dekat sini awal pagi ini.



Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia 20-an telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kesemua suspek yang antaranya merupakan penganggur ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Culik dan polis kini sedang mencari empat lagi lelaki untuk membantu siasatan kes yang sama,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zahedi lagi, pihaknya membuat tangkapan ini selepas menerima laporan mengenai penculikan mangsa daripada keluarganya semalam.

Ujar beliau, setakat ini keterangan daripada mangsa dan teman wanitanya yang turut berada di tempat kejadian semasa penculikan dilakukan belum diperolehi dan punca mengapa dia diculik juga belum diketahui.





“Selepas mangsa ditemui semalam, polis telah membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan dia dibenarkan pulang tanpa diambil keterangan kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Kita akan cuba mendapatkan keterangannya sama ada pada lewat petang ini atau esok pagi bersama teman wanitanya sekali,” tambah beliau sambil menegaskan yang setakat ini punca kejadian penculikan masih dalam siasatan.

Dalam kejadian pukul 3 pagi semalam, penjaga kaunter kafe siber terbabit yang sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda di sini diculik sekumpulan lapan lelaki menaiki sebuah kereta Toyota Alphard.

Mangsa telah dibawa kumpulan lelaki itu ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 4.5, Lebuh Raya Duke berhampiran susur masuk ke Setiawangsa dekat sini dalam keadaan bogel dengan badannya diconteng beberapa jam kemudian.

Sumber-sumber memberitahu, kumpulan lelaki tersebut hanya menculik mangsa dan meninggalkan teman wanitanya di restoran tersebut bersama semua barang peribadi mangsa seperti telefon bimbit, rantai emas dan dompet.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya untuk dibogelkan dan diconteng badannya sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Seluar, baju dan pakaian dalamnya telah dilarikan.

“Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit menemuinya pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Inilah akibatnya kalau polis lambt bertindak.Rakyat yang bertindak dulu.....


July 16, 2013 at 8:47 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved