Nasib baik ada seorang penduduk tempatan di kawasan itu yang bersimpati membenarkan 20 anak yatim yang kesemuanya lelaki berusia tujuh hingga 15 tahun menumpang di sebuah rumah teres miliknya.
Jarak antara rumah anak yatim di Sri Kundang dengan rumah teres yang didiami 20 anak yatim itu sekarang kira-kira lima kilometer.
Rumah teres yang mempunyai tiga bilik tidur dengan satu bilik air itu sudah dijadikan tempat perlindungan kepada anak-anak malang itu sejak lebih enam bulan lalu dan diberi nama Pusat Jagaan Anak Yatim Sri Kundang (AYSK).
Pengasas AYSK, Nor Azmi Jusoh mendakwa, kemelut 20 anak yatim itu tercetus pada tahun lalu apabila pihak pengurusan Nur Ikhlas membuat keputusan untuk mengenakan yuran bulanan sebanyak RM150 kepada setiap penghuninya berkuat kuasa Januari tahun ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 3 comments... read them below or add one }
Salam bagaimana saya hendak menghubungi anak2 ini. Boleh saya dapatkan nombor handphone person in-charge. Sila hubungi saya di talian 012-2825015 terima kasih.
July 12, 2013 at 8:04 PM
Salam. Saya sarankan supaya Cik Hartina siasat dulu latar belakang pusat anak yatim ini, samada ia berlesen, berdaftar, latar belakang person-in-charge dsb utk memastikan kita berinfaq kepada jalan yang betul.
July 13, 2013 at 2:52 AM
nk berinfaq xsemestinya tmpt kena berlesen bagai..asalkn kita yakin pasti mereka pihak2 yg benar dan sangat memerlukan dah cukup..
August 19, 2014 at 4:43 PM
Post a Comment