ONEXOX
BannerFans.com

Wanita Mati Selepas Beranak Seorang Diri Di Taman Marida Senawang

on Thursday, July 18, 2013

Panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berjawab membawa kepada penemuan seorang wanita bersama bayi lelaki yang baru dilahirkan meninggal dunia dalam tandas rumah disewanya di Taman Marida, Seremban, malam kelmarin.

Kejadian disedari kira-kira 11.35 malam apabila pemilik rumah, Nordiana Johari, 29, cuba menghubungi penyewanya itu untuk mengutip duit sewa rumah.

Menurut Nordiana, dia bersama suaminya membuat keputusan ke rumah berkenaan selepas gagal menghubungi penyewanya bagi mendapatkan wang sewa RM300 yang belum dijelaskan.



Bagaimanapun katanya, dia mula berasa tidak sedap hati selepas mendapati keadaan ruang tamu berselerak dan terdapat tompokan darah kering pada lantai.

“Saya tengok ruang tamu berselerak. Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya apabila melihat sepasang kaki terjulur dari dalam tandas di dalam bilik utama di bahagian belakang, sebelum saya menghubungi polis,” katanya.





Difahamkan, mangsa yang berkerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya tinggal seorang diri di rumah terbabit sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa meninggal dunia akibat melahirkan anak. Dia dipercayai meninggal lebih dari sehari,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

bangkai punya jantan yang buat pempuan ni menderita..bukan satu nyawa yang derita..MINTAK PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAP CARI BANGKAI NI SAMPAI DAPAT..


July 18, 2013 at 9:02 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved