Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan pada Jumaat berkata tajuk berita itu mempunyai niat jahat dan menyebarkan tanggapan salah tentang keadaan keselamatan di Malaysia.
"Kami menggesa agar The New Paper tidak mensensasikan apa-apa perkara yang boleh memberi kesan menjejaskan ke atas mana-mana pihak," katanya.
Akhbar The New Paper pada 31 Julai, menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).
Artikel tersebut menerima maklum balas negatif dari pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Amankah Malaysia sekarang? rasanya betul paper tu ... bukan takat nyawa makin murah, antara sesama Malaysia pun dah mula rasa tegang..kau hina aku, aku hina kau, kau hina dia, dia hina kau, aku hina dia..pemimpin yang makin lemah dan longlai :(
August 3, 2013 at 8:11 AM
Post a Comment