ONEXOX
BannerFans.com

Mentaliti Bangsa Yang Bankrap & Korup

on Tuesday, August 20, 2013

Ermmm, "seram" nak cakap topik ini sebenarnya kerana ia mungkin akan mengguris hulu hati ramai orang.

Saya terbaca banyak komen tentang ‪#‎PTPTN‬ dan ada yang panggilnya sebagai PTPTipu. Dulu saya pun rasa ianya begitu, walaupun saya tidak hidup di zaman yang ada PTPTN tetapi saya pun terikut cakap-cakap beberapa orang yang mengutuk PTPTN. Ikut kawan.

Tetapi persepsi saya mula berubah apabila isteri saya sendiri merupakan "pengguna" perkhidmatan pinjaman PTPTN. Dia agak sedih bila saya kutuk PTPTN kerana dia kata saya tidak akan faham betapa susahnya keluarga dia untuk nak hantar dia sambung belajar di UIA buat law ketika itu. Arwah ayah dia kerja kerajaan dan gaji kecil, tinggal dikampung dan memang tidak pernah terfikir yang anak dia adalah pandai dan boleh belajar tinggi. "Programming" generasi dulu adalah janji habis belajar dapat kerja kerani lepas tu kahwinkan sahaja. Tetapi anak dia 2 orang sahaja dan pandai pula tu, tup-tup nak sambung belajar lagipun ayah isteri saya sentiasa marah kalau belajar tak pandai walaupun sebenarnya dia pun tak tahu apa-apa, dia hanya tahu marah setiap kali dapat keputusan periksa walaupun dapat markah 100.



Long story short, wife saya habis belajar dengan gunakan pinjaman PTPTN, makanan dia setiap hari hanyalah roti berkrim coklat sebab itu sahaja yang dia mampu, pergi balik kuliah jalan kaki, balik kampung sekali sekali kerana tak mampu dan duit pinjaman untuk bayar yuran, buku biasanya fotostat atau pinjam buku di library atau kawan.

Dia cakap, jangan kutuk kerana walau apapun, pinjaman tu buat dia boleh belajar sampai habis dengan izin Alah swt. Dia cakap, bila orang dah beri kita pinjam, kita wajib bayar balik, lagipun supaya dapat lebih ramai anak-anak macam dia dapat peluang untuk belajar. Kalau belajar pandai, boleh mohon tak payah bayar pula tu.

Point dia, dia bersyukur ada pinjaman macam tu sebab jika tidak keluarga dia tak mampu. Habis belajar, bila bayar balik pun, jadual bayaran adalah bermula dari jumlah yang kecil setiap bulan dan meningkat perlahan-lahan.

Kita tak perlu salahkan mak ayah kita dulu yang tidak ada ilmu kewangan, tapi hari ini, kita sendiri boleh belajar rancang kewangan supaya anak kita tidak peru meminjam akan datang untuk belajar.

Ramai yang pinjam tapi tidak bertanggungjawab untuk bayar, walaupun sebenarnya dah kerja dan ada gaji. Take things for granted.

Isu CCRIS sebenarnya tidak perlu wujud jika kita faham tanggungjawab bayar semula pinjaman tersebut.

Dan pinjaman ptptn untuk belajar kan? dapat degree untuk kerja kan? kenapa tak kerja? mungkin masalah sikap? saya dulu belum habis belajar dah dapat kerja, sebab sikap saya. IT'S ALL ABOUT ATTITUDE.





Generasi lepas kita tidak perlulah meminjam jika mak bapa dia ada ilmu kewangan, berniaga dengan berjayanya, dia mesti tidak risau untuk suruh anak dia pinjam ptptn. kawan-kawan cina saya ramai yang berniaga kedai runcit, jual sayur tapi anak belajar kat australia samada guan simpanan dari insurans yang mereka ambil 20 tahun dulu masa anak dia kecil dan simpanan/ pelaburan yang telah dirancang 20 tahun dahulu. SIKAP mereka berbeza, mereka tidak harap kepada kerajaan atau ptptn.

Kita tidak bercakap isu politik dan salah kerajaan di sini. menyalahkan tu senang. point di sini ialah, ptptn ada fungsi kepada yang memerlukan, saya hormati perkara itu bila isteri saya "sekolahkan" saya. Saya juga pernah meminjam untuk belajar dari Yayasan Melaka dulu dan saya juga bayar balik sepenuhnya bila habis belajar dan mula bekerja.

Mentaliti bankrap dan korup adalah bila semua perkara perlu bergantung kepada orang lain dan bila dapat, orang lain salah, bila tak dapat, pun orang lain salah!

Satu lagi nak cakap, buat mana-mana orang atau pihak yang ada kuasa atau yang ingat dia ada kuasa buat sesuka hati, korup sana sini, Allah swt melihat, malaikat mencatit. mati itu pasti, ingat, mati itu pasti! Tuhan beri peringatan banyak cara dan kita masih sempat perbaiki diri kita selagi nyawa belum sampai ke halkum! Gunalah jawatan yang rakyat beri untuk benar-benar kebaikan rakyat! Cakap ni sebab saya sayang!

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Nak cari ilmu terpaksa buat pinjaman ptptn.. Tp penjenayah duk dlm tahanan makan minum ker ajaan tanggung.. Mkn tdo mkn tdo..apa ada hal kera jaan tanggung. Keluar buat jenayah masuk blk kera jaan bg mkn lg... Seronokkkkk


August 20, 2013 at 5:22 AM
Anonymous said...

bangang kau ni, kau nak samakan penjenayah dengan pelajar ambik pinjaman ptptn plak. kau masuk la jail lagi sonang, tak yah bayar duit ptptn.


August 20, 2013 at 5:50 AM
Anonymous said...

Maaf nk kata...

Saya rasa salah satu sebab isu mansuh PTPTN ni muncul ialah apabila duit rakyat pergi ke tangan2 org2 tertentu dalam kuantiti yg besar. Contohnya NFC yg sepatutnya dpt bantu stabilkan harga daging. Ape kejadahnya pegi beli kondo. Tgk hari raya thn ni, spttnya hrga daging x la semahal ni klu NFC tu betul2 dijalankan dgh amanah. RM250 juta tuu.. tu baru satu belum lg yg melibatkan projek2/tender2 kerajaan, dana2 kerajaan mcm TECHNOFUND, SCIENCEFUND etc... "penyelewengan ni sy tgk sndri dpn mata... bkn skt jumlah dia. Tp bila mengadu xde siapa nk dgr..."

So daripada duit tu menggemokkan ba**2 laknat ni baik disalurkan ke sistem pendidikan...

Hanya berkongsi pendapat...


August 20, 2013 at 10:04 AM
Anonymous said...

the bottom line is.....TAHU PINJAM TAHU BAYAR. jangan nak elak dengan pelbagai excuse....melayu mudah lupa,atau eksyen lupa.....ni melayu HAMPEH!


August 20, 2013 at 9:11 PM
Anonymous said...

tajuk cite x kene dgn isu..yg boros berbelaja lah yg blh dkaitkn dgn bankrap dan korup.. peminjam hanya ingin jd org yg bpelajaran, bkn ingin jd penyangak..


August 21, 2013 at 4:39 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved