Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.
"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.
Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.
"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
manusia yang buat dosa..bukan bangunan surau yang dosa, bangunana pulak diroboh..kan elok lagi jika pegawai pejabat ugama dengan ustat2 datang buat doa selamat, baca yasin dan sultan pulak buat kenduri doa selamat,
resort yang patut diroboh dan manusia yang membenarkan perbuatan itu dihukum di makamah syariah..
August 13, 2013 at 1:56 AM
siapa tau cerita sebenar pasal surau ni? aku memang tak tau. aku cuma agak surau ni takder yang nak mengimarahkan. jadinya org budha tu sembahyang lah kat situ. tapi celaka jugak org budha ni. tak reti baca signboard ke. aku harap org2 melayu yg beragama islam jadikanlah ini iktibar. kalau ader mase free singgahlah ke masjid atau surau yg berdekatan dgn tempat kita. surau kat kampung aku pun sama gak kalau zuhur dgn asar biasa pak imam dgn bilal je ader.. tapi sejak budak2 tahfiz menumpang mengaji di surau kampung aku ni maka meriahlah suasana. alhamdulillah
August 13, 2013 at 1:59 AM
Memang betul salah kita org islam tak mengimarahkannya... Org lain gunalah... Siapa sahaja yg beragama islam hendaklah mengimarahkan masjid/surau..
August 14, 2013 at 5:45 AM
Korg ni kalau xtahu jgn memandai komen,sbb surau tu kena roboh ,sbb kiblat pon lari,kiblat pon mmg xbetul dh,tu prof dato dr ustaz dari usm yg ckp..sekian,
August 14, 2013 at 9:59 PM
Post a Comment