Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.
Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.
Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.
Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.
Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi.
“Anak saya turut mengalami tekanan perasaan dan sering murung apabila pihak sekolah terbabit tidak membenarkan dia mengambil peperiksaan itu,” katanya di sini sambil mendakwa beliau tidak tahu apa sepatutnya dilakukan apabila dimaklumkan perkara itu oleh anaknya sehinggalah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada media bersama ibu bapa murid lain yang terbabit, semalam.
Seorang lagi waris, Raziah Yahya, 50, berkata beliau dikunjungi seorang guru sekolah berkenaan dan memaklumkan anaknya, Mohd Zulhilmi tidak perlu ke sekolah ketika UPSR itu berlangsung.
“Guru terbabit mendakwa jika anak saya mengambil peperiksaan itu, dia akan mendapat keputusan `E' sehingga menjejaskan peratus kelulusan sekolah.
“Dia juga mendakwa anak saya bodoh tidak boleh membaca, sedangkan Mohd Zulhilmi hanya lembam tetapi boleh membaca.
“Saya kasihan melihat sikapnya yang sering termenung dan mengasingkan diri sejak beberapa hari lalu, mungkin kerana malu dengan rakannya yang lain,” katanya.
Norziah Wateh, 42, ibu kepada Mohd Zulfikar pula berkata, anaknya itu menangis ketika pulang ke rumah selepas diarahkan guru supaya tidak datang ke sekolah mengambil peperiksaan itu.
“Dia amat sedih kerana cikgu mengatakan dia bodoh, selain diejek rakan sekelas,” katanya.
Mereka bagaimanapun belum membuat laporan polis.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan merujuknya kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
“Saya masih menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasat dakwaan itu dengan telus,” katanya.
Pada 20 September lalu, akhbar melaporkan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 7 comments... read them below or add one }
ada jugak ke UPSR hari Sabtu? berita ni diragui...
September 9, 2013 at 7:59 PM
tahun lepas pun takde upsr hari sabtu.... boleh cek calendar dan takwim upsr 2012
September 9, 2013 at 8:01 PM
UPSR 10-12 September..UPSR mana pulak yg exam 13-15 September ni? versi mana dorang pakai? nak kelentong pun b'pada-pada la..ingat semua org tak belajar ke?? mental plubisiti semata-mata!!!
September 9, 2013 at 8:12 PM
hari ni 10 sept baru start UPSR kot..saje nk cari isu ke apa ni?pulak tu 13-15 september 2013 adalah hari jumaat-ahad..UPSR DAH ABIS DAH MASA TU..agak2 la kot ya pun nk hantam cikgu pun...melampau sangat buat fitnah ni..
September 9, 2013 at 8:15 PM
hari ni baru 10hb...kalau nk kata berita tahun lepas pun, 13-15 september 2012 adalah hari khamis-sabtu..xpenah lagi sejarah periksa UPSR start ari sabtu..agak2 la beb...
September 9, 2013 at 8:20 PM
Taon lpas pnye kot
September 9, 2013 at 8:54 PM
Ni cito 2011, org yg buek berito ni lagi bangang, dah mati pun, tak siasat betul2. Lopeh seminggu baru bapak perasan anak2 tak poi ambik pekso, maklum la anak2 poi sekolah sekali seminggu. JKK pulak cucuk jarum. Budak2 ni sekarang bertambah mundur, maleh nak poi sekolah menongah. Cikgu2 yg kona tukar tu membawa kemajuan dan kecemerlangan kek tompek baru. Baru2 ni bokas GB tu dapat anugerah Guru Bosa Cemolang,kan dah rugi kg tu.
September 10, 2013 at 12:33 AM
Post a Comment