Pada aksi sebelum ini skuad berkenaan mencipta kejutan menewaskan Terengganu dan Kelantan di gelanggang lawan manakala seri bertemu Kelantan di gelanggang sendiri dalam aksi timbal balik.
Jurulatih Ridzuan Abu Shah berkata, beliau sedang menyusun strategi terbaik dalam memastikan pasukan mencapai kemenangan atau sekurang-kurangnya mengutip satu mata di Kuantan untuk memudahkan laluan ke suku akhir.
“Saya sedar Pahang sudah melaungkan azam untuk mengekalkan rekod kemenangan tapi kita akan turun dengan persembahan terbaik dan sasaran meraih sekurang-kurangnya satu mata.
“Kita yakin boleh lakukan kerana setakat ini rekod kami di gelanggang lawan memberangsangkan dan tidak mustahil pemain dapat mengulangi prestasi cemerlang itu di Kuantan nanti,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment