Dan…..di sebelah pagi tadi, melalui siaran radio Era FM dan juga laporan Berita Astro Awani melaporkan dijangka akan berlaku gelombang kenaikan harga minyak naik kali kedua tidak lama sahaja lagi.
Jikalau Dr. Subramaniam memilih menggunakan alasan penyakit diabetes (SEPERTI DI SINI) sebagai asbab untuk mengurangkan subsidi gula sekaligus menaikkan harga gula tidak lama sahaja lagi, kali ini alasan untuk mengelakkan berlakunya kes seludup petrol akan digunapakai bagi “menghalalkan kenaikan harga minyak RON 95 buat kali kedua” dalam tempoh 2 bulan ini.
Adakah kerajaan Malaysia sedang ketandusan idea bagaimana mahu mengawal hutang negara Malaysia yang terus melambung tinggi ketika ini dan dalam pada masa yang sama, nilai matawang ringgit Malaysia berada pada paras yang lemah.
- Minyak RON95 beli dari negara Timur Tengah (minyak berkualiti rendah)
- Minyak Malaysia yang mempunyai gred tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang.
P/S : Berdasarkan angka yang Berita Semasa perolehi daripada sumber terus daripada Petronas sendiri, angka yang dikongsikan amat-amat mengejutkan. Berita Semasa akan membuat semakan kesahihannya.
PP/S : Kehangatan kenaikan harga minyak naik RON 95 naik sebelum ini pun belum reda lagi. Ditambah dengan lonjakan harga barang. Adakah dengan kenaikan harga minyak RON 95 kali ini akan menyebabkan rakyat Malaysia semakin NAIK MINYAK? Apa kata anda pula?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment