Kekecohan itu berlaku selepas hanya 15 daripada 50 pembeli yang datang, layak menerima kunci dengan alasan sudah membuat pinjaman perumahan melalui pinjaman peribadi di bank.
Malah pembeli juga mendakwa sudah berada di lokasi seawal jam 9 pagi tetapi penyerahan kunci diadakan jam 11 pagi.
Pembeli rumah, Mohamad Ibrahim Yaacob, 58, berkata, mereka diarahkan datang ke taman perumahan itu untuk menerima kunci daripada pemaju.
“Bila sudah dapat surat, kami datang. Kemudian, wakil pemaju memberitahu kunci tidak dapat diserahkan kerana terdapat masalah bayaran melalui pinjaman kerajaan.
"Mereka mengatakan ia berlaku kerana pihaknya masih belum menerima bayaran terakhir daripada Bahagian Perbendaharaan Pinjaman Perumahan,” katanya.
Menurutnya, kini mereka dipaksa pula membayar 10 peratus (RM6,000) kepada pemaju di atas kelewatan projek tersebut.
“Kelewatan projek bukan masalah kami tetapi pihak kontraktor. Ini adalah masalah di antara pemaju dan bahagian perbendaharaan, mengapa kami pula yang menjadi mangsa.
“Kami beli rumah menggunakan pinjaman kerajaan dan setahu saya tidak ada masalah mengenai bayaran kerana ia dipotong melalui gaji setiap bulan," katanya.
Sementara itu, Zainal Abidin Yusuf, 64, berkata, kenapa mereka perlu menanggung kos bernilai RM6,000 dan perlu dibayar kepada pemaju baru.
“Bukan itu sahaja, kami juga perlu bayar RM352 lagi untuk kos penyelenggaraan taman dalam tempoh setahun sepanjang projek ini dipulihkan,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, melalui surat yang diterima pembeli, pemaju juga menetapkan tarikh iaitu pada 14, 15, 28, 29 September dan 5 Oktober untuk menyelesaikan segala bayaran termasuk mengambil kunci rumah.
Jika tarikh tersebut tidak dapat dipenuhi, pembeli terpaksa berurusan sendiri di pejabat pemaju di Bangsar, Kuala Lumpur.
Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas daripada pemaju bagaimanapun gagal.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment