ONEXOX
BannerFans.com

Pesta Buku N.Sembilan 2013 mulai 1 Oktober

on Wednesday, September 25, 2013

SEREMBAN - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan akan menganjurkan Pesta Buku Negeri Sembilan 2013 di pusat membeli-belah Terminal 1, di sini, mulai 1 hingga 6 Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail berkata pesta yang diadakan dengan kerjasama jawatankuasa tersebut bertemakan 'Bangsa Membaca 1Malaysia Berjaya'.



"Penganjuran pesta buku pada setiap tahun ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat negara ini. Banyak membaca akan membuka minda, bijak dalam membuat keputusan dan berfikiran kreatif," katanya di sini, hari ini.





Katanya seramai 16 pempamer akan menyertai dan menjual pelbagai bahan bacaan dengan harga istimewa pada pesta tersebut.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang pesta berlangsung termasuk kehadiran penulis terkenal tanah air seperti Pak Latif  dan Ummu Hani.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menemui krew Horok Pikok NegeriFM, karektor Upin dan Ipin serta memenangi iPad dalam cabutan bertuah mega, katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved