ONEXOX
BannerFans.com

Rumah asal Chin Peng sudah lama kosong

on Tuesday, September 17, 2013

SITIAWAN –  Kediaman keluarga Ching Peng di sebuah rumah kedai di Jalan Kampung Koh, Sitiawan, di sini, kosong.

Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati, rumah kedai yang terletak berhampiran Wisma Ganda, Sitiawan yang dikatakan menjadi tempat kelahiran Chin Peng masih lagi kekal utuh walaupun kemungkinan usianya sudah menjangkau seratus tahun.

Rumah kedai berkenaan kini terbiar kosong dan dibuka untuk disewa kepada sesiapa sahaja yang berminat memandangkan kawasan itu telah membangun dan mempunyai banyak bangunan baru lain.



Usaha menjejaki ahli keluarganya gagal kerana dikatakan kebanyakan ahli keluarga termasuk anak-anaknya tinggal di luar negara.

Seorang peniaga kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 69, berkata, dia mengenali Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sejak berpindah ke kawasan itu, 50 tahun dahulu.

“Ketika berpindah ke sini saya masih kecil dan mengenali Chin Peng secara biasa sahaja kerana kedai kami berhampiran.

“Ketika itu ayahnya membuka kedai basikal, manakala ayah saya membuka kedai runcit,” katanya.





Katanya, perkenalan mereka hanya setakat itu sahaja kerana selepas itu Chin Peng telah keluar dari kawasan itu dan mereka tidak mendapat sebarang khabar berita.

“Saya juga tidak mengetahui tentang ahli keluarga mereka yang lain kerana dikatakan mereka juga turut berhijrah dari sini,” katanya.

Seorang penduduk Sitiawan, yang dikenali sebagai Steven, 49, berkata, golongan muda kebanyakan hanya mendengar cerita daripada orang lebih tua dan juga maklumat dari media masa mengenai Chin Peng.

“Kami juga mengetahui tentang Chin Peng melalui cerita-cerita orang lama serta maklumat dari media masa memandangkan peristiwa itu berlaku berpuluh tahun dahulu,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved