ONEXOX
BannerFans.com

Wednesday is English Day: Hanya satu pertiga layak ajar subjek BI

on Tuesday, September 10, 2013

SHAH ALAM – Hanya satu pertiga daripada 61,000 guru Bahasa Inggeris berkemampuan untuk mengajar subjek itu dengan baik.

Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kementerian memandang serius perkara itu dan akan berusaha untuk meningkatkan kemahiran guru Bahasa Inggeris.



“Seramai 61,000 guru Bahasa Inggeris perlu mengikuti Ujian Cambridge Placement (CPT) untuk mengetahui kemampuan mereka bertutur dan mengajar bahasa Inggeris. Namun, kita tidak dapat lari daripada kenyataan hanya hanya satu pertiga daripada mereka yang layak mengajar.





“Kita akui kelemahan ini dan akan memperbaikinya. Ia selaras dengan anjakan yang ingin dilaksanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memastikan setiap murid menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,” katanya.

Menurutnya, setakat ini 5,000 guru yang tidak mencapai standard ditetapkan telah dihantar untuk mengikuti latihan intensif bagi meningkatkan kemahiran mereka.

“Ada lagi 9,000 guru yang akan diberi kursus sedemikian selepas ini. Isunya bagaimana nak pastikan mereka menghadiri kursus tanpa meninggalkan sekolah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved