Aduan terbuka kakitangan kerajaan kepada MAS

on Wednesday, October 9, 2013

Assalamualaikum,

Saya melalui pengalaman buruk semasa ingin mendapatkan Tawaran Harga Promosi Kakitangan Kerajaan semalam di KL Sentral. Ternyata iklan yang diwar-warkan oleh pihak MAS untuk kakitangan kerajaan adalah tidak telus dan ternyata menipu. Bersama ini saya lampirkan surat aduan kepada pihak MAS.

Rujuk aduan kat bawah neh ;

Assalamualaikum,

Puan,

ADUAN KEKELIRUAN IKLAN TAMBANG MURAH MAS BAGI KAKITANGAN KERAJAAN DAN PERKIHMATAN DI KAUNTER JUALAN TIKET KL SENTRAL

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya merupakan seorang Pegawai Penyelidik di sebuah universiti awam. Saya sedia maklum berkenaan dengan tawaran tambang promosi bagi perjalanan domestik dan antarabangsa kepada semua warga kementerian dan jabatan kerajaan sepertimana yang tertulis dalam surat daripada pihak puan dengan nombor rujukan GST/AF/25/005 (sila rujuk Lampiran 1).

3. Sehubungan dengan itu saya telah mengambil kesempatan ini untuk membeli tiket penerbangan ke Osaka, Jepun bagi menghadiri seminar yang akan berlangsung pada 2hb Disember 2013 sehingga 5hb Disember 2013. Dari lampiran yang disertakan dalam surat tersebut (sila rujuk Lampiran 2), saya difahamkan bahawa jumlah tambang ke Osaka adalah DARI RM 1,029 bagi perjalanan dua hala. Ini adalah peluang baik bagi saya untuk menjimatkan wang peruntukan universiti sekaligus menjimatkan wang kerajaan agar dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti penyelidikan yang lain.

4. Pada hari Sabtu 28hb September 2013, saya ke Kaunter Jualan Tiket MAS di KL Sentral bagi membeli tiket penerbangan tersebut dan mengambil nombor giliran pada jam 4.34 petang (sila rujuk Lampiran 3). Saya dapati suasana di kaunter tersebut sangat penuh dan sesak dengan orang ramai yang sedang menunggu giliran masing-masing. Akur dengan situasi tersebut saya keluar menunggu giliran di ruang legar Daftar Masuk bagi penerbangan MAS. Selang 20 ke 30 minit saya akan menjenguk nombor giliran di kaunter tersebut bagi memastikan nombor giliran saya tidak terlepas.

Setelah menunggu selama lebih 2 jam, saya mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam ruangan kaunter berkenaan. Saya berasa hairan apabila melihat terdapat banyak kerusi kosong sedangkan keadaan di sana sangat sesak dengan orang ramai. Saya bertambah hairan apabila melihat segelintir orang yang sedang beratur sehingga ke luar bahagian pintu ruangan kaunter jualan tiket berkenaan (Lampiran 4) sedangkan kaunter jualan tiket tersebut mengamalkan sistem giliran mengikut nombor. Tanpa menghiraukan suasana sesak tersebut, saya duduk menunggu giliran di kerusi yang disediakan di dalam ruangan kaunter tersebut. Setelah menunggu selama setengah jam, saya dapati tiada perubahan pada nombor giliran yang dipanggil tetapi terdapat ramai orang yang telah meninggalkan kaunter setelah selesai urusan masing-masing.

Saya dimaklumkan oleh petugas MAS yang bekerja di kaunter nombor 8 bahawa sistem giliran berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ antara mereka yang beratur dan yang mengambil nombor. Ini bermakna barisan panjang yang saya lihat sebentar tadi sebenarnya sedang memotong nombor giliran sedia ada!

Saya telah menyatakan rasa tidak puas hati saya kepada petugas kaunter tersebut kerana mereka yang beratur tersebut telah memintas nombor-nombor yang telah menunggu lebih dari 3 jam! Kakitangan tersebut cuba menenangkan saya dengan berjanji akan mempercepatkan urusan saya hampir serta merta selepas urusan ‘pemotong giliran’ di kaunter tersebut selesai. Saya menolak tawaran tersebut kerana ini sangat tidak adil bagi mereka yang telah menunggu lama lebih lama daripada saya. Saya mohon pada kakitangan tersebut agar menggunakan sistem nombor giliran semula kerana ianya lebih telus dan adil bagi semua orang. Setelah menunggu dalam masa 10 minit, barulah nombor giliran mula beranjak. Saya hanya dapat berurusan di kaunter selepas pukul 8.00 malam.

5.  Setibanya saya di kaunter nombor 9, saya terus memaklumkan tarikh dan destinasi yang ingin dibeli tetapi malangnya saya diberitahu tarikh tersebut tersenarai sebagai “Blackout Period”. Saya dimaklumkan oleh kakitangan berkenaan bahawa tarikh “Blackout Period” adalah dari 14hb November 2013 sehingga 31hb Disember 2013 (Lampiran 5). Saya bertanya pula destinasi ke tempat lain seperti ke Bintulu pada Disember 2013 dan juga ke Kota Kinabalu pada Jun 2014 tetapi sekali lagi saya dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh yang telah diberi tersenarai dalam “Blackout Period”. Ini bertentangan dengan tawaran iklan tersebut (sila rujuk Lampiran 2) yang menyatakan tarikh penerbangan bagi harga promosi ini adalah dari 28hb September 2013 sehingga Ogos 2014. Setelah itu barulah saya menyedari yang “Blackout Period” merupakan cuti sekolah bagi sekolah-sekolah di Malaysia.

6. Akhirnya saya pulang dengan tangan kosong setelah menunggu hampir 4 jam untuk berurusan di kaunter. Saya berasa sangat kecewa dengan perkhidmatan yang telah diberikan dan juga tawaran promosi yang telah diwar-warkan. Saya bertambah hairan setelah dimaklumkan oleh Ketua Jabatan saya yang beliau telah membeli tiket ke Osaka pada 30 November 2013 dengan harga promosi kakitangan kerajaan. Tambahan pula, seorang pensyarah yang telah membuat panggilan ke talian 1-300-88-300 menyatakan bahawa pihak MAS telah memaklumkan kepada beliau bahawa tiket ke Osaka pada 1hb Disember 2013 adalah pada harga promosi tersebut dan informasi ini bercanggah dengan apa yang telah saya terima semasa berurusan di kaunter jualan tiket pada hari tersebut.

7. Untuk makluman, terdapat aduan yang telah dibuat pada Fan Page Malaysia Airlines di Facebook tetapi aduan tersebut telah dihapuskan oleh pentadbir Fan Page berkenaan (sila rujuk lampiran 6).

8. Diharap semua perkara yang telah diutarakan ini mendapat perhatian dari pihak puan dan juga pihak pengurusan MAS bagi memastikan iklan dan informasi yang telus serta perkidmatan yang diberikan adil bagi semua pihak.














Pihak MAS perlu mengambil perhatian akan aduan yang disampaikan. Bukan delete komen2 orang. Syarikat kalau takut dengan aduan dan kritikan tak payah buat syarikat la.. MAS neh salah satu GLC. Cuba jaga sket nama baik Malaysia dah awak bawa nama MALAYSIA.. aduhai..

Moga2 MAS respon segera aduan di atas untuk tindakan selanjutnya yer.





Oke terima kasih.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved