Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.
"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.
Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
Sokong 100% pendapat Tun....ssb kalau asyik diberikan bantuan saja...usahanya tiada, mana akan dapat hasilnya...berapa lama boleh bertahan dengan bantuan 600 rm tu...tp kalau setiap rakyat ada pendapatan bulanan yang tetap maka ini akan menaik tarafkan kehidupan mereka.....dah menjadi sifat manusia, apa yang diberi diterima bulat2...secara tak langsung akan menjadikan mereka insan yang malas bekerja, asyik bergantung dengan bantuan saja...!wallahuaallam....
October 1, 2013 at 7:07 PM
rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan kata kata pm,salah satunya yalah br1m
October 2, 2013 at 12:01 AM
BR1M xyah bagi, kenaikan gaji dan bonus sektor kerajaan pun patut dikurangkan. Cari jalan macam mana nak tingkatkan sektor swasta yang banyak menyumbang.
October 2, 2013 at 6:00 AM
ala, setakat RM500, tak miskin lah kerajaan malaysia ni, setakat RM500 kalau nak dibandingkan dgn harga barang & petrol makin naik sekarang ni, memang tak berbaloi..
October 2, 2013 at 7:59 PM
Post a Comment