Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pada kejadian pukul 2.20 pagi itu mangsa, Kang Seak Siong, 38, dan seorang daripada suspek telah bertengkar akibat perselisihan faham ketika berhibur dalam premis berkenaan.
"Suspek kemudiannya diserang beberapa rakan mangsa dan semasa pergelutan itudia telah melepaskan sedas tembakan yang mengenai perut mangsa," kata AbdulRahim kepada pemberita di sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian tidak bermotif hutang danmangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya dan disahkanmeninggal dunia pada pukul 3.40 pagi.
Katanya suspek yang merupakan seorang anggota polis berpangat Lans Koperal berusia 30-an dari Kontinjen Kedah datang ke pusat hiburan bersama rakannya yang juga anggota polis serta seorang wanita.
"Dua anggota polis itu menghilangkan diri sejurus kejadian manakala rakan wanita mereka telah ditahan dalam pusat hiburan itu," katanya.
Abdul Rahim berkata hasil rakaman kamera litar tertutup dan keterangan wanita itu, dua anggota polis terbabit ditahan di sebuah taman perumahan di kawasan Kulim pukul 10 pagi tadi.
Susulan penahanan suspek, polis telah menemui sepucuk pistol automatik dipercayai menjadi senjata pembunuhan dan siasatan lanjut mendapati rakan suspek adalah anggota polis berpangkat sarjan dari Kontinjen Johor yang sedang bercuti, katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment