Pihak bomba dikatakan sedang berusaha memadam kebakaran di tingkat paling atas flat 17 tingkat itu.
Berita itu turut disahkan Ahli Palimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di laman Instagram miliknya.
"Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah," tulisnya.
Dalam satu laporan di sebuah laman portal menyebut, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira enam unit rumah.
Kira-kira enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di sini, musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.
Anggota Bomba dan Penyelamat baru tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 5.36 petang kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan.
Api masih lagi marak ketika ini.
Sementara itu, kejadian kebakaran berkenaan dapat dilihat dari tingkat empat, Balai Berita, Bangsar.
Video yang sempat dirakam saksi :
Petikan dari FB Nurul Izzah Anwar
Salam semua, Kutipan derma untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Flat PKNS 17 Tingkat akan diadakan. Sila hubungi 0322409475 / pejabat@nurulizzah.com untuk membantu. Sebarkan maklumat ini, ya!
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment